LAKSA UTARA
Bismillah hirahmanirrahim. Kali ni teringin sangat nak makan laksa utara, maklumlah makanan ni adalah element yang membuatkan kita mengingati sesuatu moment. Sebab itu selain bau, suasana dan peristiwa, makanan mampu menggamit setiap memori lama kita...kann. Baiklah, laksa ni memang pelbagai jenis dan nama. Ada laksa Penang, Laksa tepung beras, laksa sarawak, laksa johor dan bebrapa lagi. Tapi semuanya asasnya masih pada kuah nya. Jom kita mencuba dan berkongsi bagaimana menyediakan LAKSA UTARA pulak kali ni. Bahan-bahan dan Cara-Caranya: Laksa 1 bungkus Rebus sampai lembut dan kenyal..seelok-eloknya rendam semalaman dulu,so mase merebus laksa tu tak lah terlalu lama sangat.. Kuah Laksa(bahan2): 1kg ikan kembung/sardin Bawang besar 4-5 biji Bawang putih 3 ulas Lada kering 1-2 sudu Daun kesum 1-2 ikat Bunga kantan 2 btg Asam keping 5-6 keping Hiasan(bahan-bahan): Salad(dipotong halus) Timun(dipotong halus) Lada besar merah(dipotong) Bawang(dihiris halus) Tel...