REVIEW IKHLAS DINNER DI SALT & PEPPER SEC 3 BANGI


Hari ni bangi hujan lebat setelah panas terik sebelah siangnya. Alhamdulillah. Bila hujan lebat ni perut mulalah berbunyi mintak diisi. Walaupon ibu ni stay Bangi tapi ibu kurang familiar dengan restoran viral dan top 10 yang ada kat Bangi. Kebiasaannya orang luar atau dari KL yang suka membanjiri kedai2 pemes di Bangi ni.

So,malam ni cik abang ngajak try dinner kat Salt & Pepper Seksyen 3 BBB. Punca cik abang teringin nak dinner sini sebab petang tadi kawan dia rekemen. Katanya sodap dan murah. Restoran ni dengan rumah ibu tak jauh mana pon dalam 1km je. Selalu jugak ibu lalu depan kedai ni tapi xterdorong nak merasa food kat restoran ni.

Then lepas maghrib kiteorang pon keluar rumah menuju ke restoran Salt & Pepper (macam jauh beno bunyinya kan). Sampai je di Salt & Pepper,suasana sekitarnya agak kelam dan sunyi kerana banyak kedai tutup dan lokasinya berada di barisan belakang. Bila melangkah masuk mata tertarik dengan susun atur dan interior design yang simple dan teratur. Kebanyakan frame yang tergantung terus memberi maksud mungkin ownernya salah seorang peminat sukan permotoran.


Melihat kepada menu,burger merupakan signature food restoran ni dengan level kepedasan mengikut bintang samaada 1 atau 2 star. Disobabkan sey oghang noghori,nak try level 2 star tapi disebabkan cik abang ni xbape tahan pedas ibu choose yang 1 star je. Ibu amek Burger Big Mama (pic diatas), linguine bacon beef carbonara untuk si bongsu and starter mushroom soup with garlic bread. Walaupon restoran ni ramai tapi service nya cukup efficient dan cepat. Belom sempat nak bersembang,kami dah dihidangkan air then starter dish. Even starter belom habis lagi,dah sampai main dish kami.

Suapan pertama burger oleh cik abang terus dia komen sodap. Nampak tu,baru sekali suap terus dipuji sodap. Ibu pon try merasa sama,memang betul sodap. Daging burger dia juicy,well seasoned,spicy,memang secukup rasa. Carbonara linguine nya pon sodap,creamy and rich gituuuu. Air disini semua gelas besau,boleh share 2 orang tau. Harga juga agak reasonable. Jarang jugak set burger yang betul betul dapat merasa segalanya.

Lastly,hajat cik abang dah kesampaian nak datang merasa makanan disini. Memang berbaloi datang makan the real burger kat sini. Good recommended by his friend also. Semoga owner maintain kesedapan hidangan,portion makanan and service. Untuk Restoran ini, dengan penuh ikhlas ibu nak bagi 4/5 bintang.



#lama dah tak masak ROTI PURI kuah dal. insy ibu akan tunjukkan caranya nanti ye.

Comments

Popular Posts