SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU PETAI



Terliur sungguh,ni baru tengok bahan-bahan nak disiapkan....

Dialog Nogori dulu ye..

"Dah lunch ke tuuu?..
Gigih ibu arini menghiris daun-daun nak masak lauk lagend nismilan nie. ..kat Bangi tompek ibu ni takdo jual,  buek sendiri yo lah milah ooii..bubuh potai banyak-banyak bertambah harum bilik air ibu..huhuhu"


Ibu berbesar hati nak share resepi masakan lama dan boleh dikategorikan antara resepi legend orang tua-tua kita dulu. Mungkin ada yang pernah rasa, terjumpa dan pernah belajar tapi lupa bahan-bahan dan cara nak buat.

Ibu sebenarnya teringat resepi ni, bila Cik Abg ni bawak balik petai banyak, nak disimpan lama takut kering, jadi terkeluar lah idea dan teringat resepi legend ni.

Jadinya, ini antara bahan-bahan asas yang diperlukan. Insyaallah semuanya senang didapati dimerata rata tempat ada.

            Tempoyak
            Petai
            Pucuk ubi
            Pucuk labu
            Daun kunyit
            Serai
            Daun2 jenis lain xdapat dikesan,daun kaduk etc (kalau tambah lagi sedap)




Baiklah, ini secara detail ibu nak bagitau bahan dan cara membuatnya. Selamat mencuba.

Bahan
1 ikat pucuk ubi*
3 helai daun kunyit *
10 helai daun kaduk* (kalau tak de tak pe,lebihkan daun pucuk ubi)
1 ikat pucuk labu(daun dan pucuk sahaja)*
petai ambik isi saja (lagi banyak lagi sedap)
ikan bilis (tumbuk kasar)
5 btg serai *
setengah kilo santan pekat
1 cawan tempoyak
garam
perasa

Bahan Kisar
1/2 cawan cili api
2 inci kunyit hidup

Caranya
-hiris halus bahan bertanda*
-kisar cili padi dan kunyit hidup... masukkan terus dalam kuali
-masuk santan dan tempoyak.. dah mendidih masukkan bahan-bahan yg dihiris td
-masukkan ikan bilis n petai.. masak sampai pekat
-rasakan dgn garam dan perasa..siap


Insyaalah,moga resepi ini menjadi manfaat bersama, agar ianya tidak hilang dan di warisi bersama. Terima kasih semua, insyaallah jangan lupakan resepi, cerita dalam dunia makan bersama ibu dalam Dapo Nogori.

Wasalam.



Comments

Popular Posts