LAKSA UTARA


Bismillah hirahmanirrahim. Kali ni teringin sangat nak makan laksa utara, maklumlah makanan ni adalah element yang membuatkan kita mengingati sesuatu moment. Sebab itu selain bau, suasana dan peristiwa, makanan mampu menggamit setiap memori lama kita...kann.

Baiklah, laksa ni memang pelbagai jenis dan nama. Ada laksa Penang, Laksa tepung beras, laksa sarawak, laksa johor dan bebrapa lagi. Tapi semuanya asasnya masih pada kuah nya.

Jom kita mencuba dan berkongsi bagaimana menyediakan LAKSA UTARA pulak kali ni.

Bahan-bahan dan Cara-Caranya:

Laksa 1 bungkus
Rebus sampai lembut dan kenyal..seelok-eloknya rendam semalaman dulu,so mase merebus laksa tu tak lah terlalu lama sangat..

Kuah Laksa(bahan2):
1kg ikan kembung/sardin
Bawang besar 4-5 biji
Bawang putih 3 ulas
Lada kering 1-2 sudu
Daun kesum 1-2 ikat
Bunga kantan 2 btg
Asam keping 5-6 keping

Hiasan(bahan-bahan):

Salad(dipotong halus)
Timun(dipotong halus)
Lada besar merah(dipotong)
Bawang(dihiris halus)
Telur rebus
Limau kasturi(dipotong dua)

Cara-cara membuat:

1) Rebus laksa sampai lembut dan kenyal..jangan sampai lembik..bila dah masak toskan mee laksa tu..dan siram-siramkan dengan air nak bagi mee laksa kenyal-kenyal gitu..

2)  Rebus ikan dengan asam keping dan sikit garam..dah masak mendidih asingkan isi ikan dari tulang..air rebusan ikan tu jangan buang..tapis dan simpan untuk kuah pula..tulang ikan blend dengan air dan tapiskan ke dalam air rebusan ikan tadi....pakai 2 ke 4 keping asam keping campakkan dalam kuah ikan tu pastu Isi ikan tadi, boleh ditumbuk kasar kalau rajin or blend je kalau tak berape rajin..

3)  Blend bawang besar,bawang putih dan cili kering sampai hancur..

4)  Then dalam air rebusan ikan tadi masukkan bahan-bahan blend,daun kesum,bunga kantan..letak garam,gula dan perisa secukup rasa..bila kuah dah mula mendidih,masukkan isi ikan pulak..

5)  Biarkan mendidih lagi dan masak dalam 15-20 minit..then dah siap.

Bagi yang pernah tolong mak buat dulu-dulu, pasti ingatkan. Sekadar berkongsi resepi bersama. Insy kita cuba dan boleh menjamu selera bersama keluarga nanti.

Kalau nak berpantun, jangan lupa ke IG dan FB daponogori ye.

Wasalam.

Comments

Popular Posts