RESEPI ROTI PURI SAMBAL SARDIN


Assalamualaikum, puas memikir menu breakfast pepagi ni. Biasanya mak-mak macam kita ni, sebelum tidur dah pening memikirkan menu sarapan esok pulak kan.

Apa kata jom kita cuba menu Roti Puri ni, mau torkojot anak dan suami ni. Tapi insyaalah memberi kelainan dalam masakan kita. Tak susah nak buat Roti Puri ni, cuma lawan kuah nya tu kene cari yang sesuai. Macam-macam kita boleh pair kan kuah pencicah ni, kuah sambal sardin paling simple dan cepat,kuah kari lebihan lauk semalam pon boleh, asam pedas boleh, chutney kentang ,kuah dal boleh, apa-apa pun boleh...

Oklah macam biasa, bahan-bahan yan diperlukan:

4-5 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
Sepeket yis mauripan
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Minyak masak


1. Mula-mula kita masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk atau bekas besar. Kemudian kita masukkan pula yis,garam dan gula.Gaul sebati..

2. Selepas itu kita tuangkan air suam sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tepung tadi,agak-agak saja sukatan air tadi. Dan uli tepung tadi sehingga menjadi doh serta tidak melekat di tangan. Ketepikan,rehatkan doh selama 30 minit hingga 1 jam. Tutup doh dengan penutup atau dulang.

3.Apabila doh dah mengembang,tumbukkan doh untuk release angin doh tadi dan cubitkan doh sebesar bola ping pong,kepalkan doh bulat-bulat sampai habis. Bolehlah diambil doh tadi dan gelek sehingga doh menjadi leper di atas papan.

4. Sementara menunggu selesai,bolehlah panaskan minyak masak di atas api sederhana. Seelok-eloknya gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng roti ini. Apabila minyak betul-betul panas,letakkan doh yg dh dileper bulat tadi dan ketika menggoreng curah minyak perlahan-lahan berulang kali ke atas roti sehingga roti menggelembung. Kemudian balik-balikkan roti,goreng sehingga coklat keperangan. Bolehlah hidangan roti dengan kuah pilihan masing-masing.
Selamat mencuba gais ;D

Ye beginilah cara-cara menyediakan roti puri ni, selamat mencuba. Kalau tak jadi, cuba jugak sampai jadi ye. Insyaalah,

So jumpa lagi di next resepi, jangan lupa like Fb Daponogori dan IG ye...biasa la, pantun berpantun disana...wasalam

Comments

Popular Posts