ROTI SOSEJ PINTAL


Bila habis je lunch, mesti korang pun pening nak pikir menu minum petang pulakkan. Begini lah orang dapur sebenar, sentiasa laju je pikir nak masak apa untuk jamu anak-anak dan suami kan.

Ibu pun sama je, situasi kita sama serupa je, dah memang orang pompuan macam ni lah kita kan.

Ok jom ibu share resepi mudah, senang dan boleh dibuat dengan segera. Insya allah sama je dengan roti yang ada dijual dikedai Bakery tu.

Nama nya ROTI SOSEJ PINTAL. Pasti anak-anak suka, sebab ada sosej dan cheese.


Bahan-bahan A:
- Satu Cawan Air Suam
- Sepeket Yis
- Satu Sudu Susu Pekat
- 3 Sudu Gula

Bahan-bahan B :
- 4 Cawan Tepung Roti @ High Protein
- 2 Sudu Mentega
- 1 Sudu Kecil Bread Softener
- 1/2 Sudu Kecil Bread Improver
- 1 Biji Telur
- 1 Sudu Susu Tepung

Bahan-Bahan C :
- 10 hingga 12 Sosej
- Source Cili & Mayonese (untuk topping)
- Cheese (Optional)

CARA-CARA MEMBUATNYA:


1- Bancuh bahan A dalam cawan dan biarkan selama 10-15 minit hingga bancuhan berbuih. Sementara itu,

Masukkan semua bahan B ke dalam bekas besar. Kemudian ramas bahan-bahan tersebut hingga menjadi serbuk roti.

3- Setelah bancuhan bahan A tadi berbuih, tuangkan kedalam bahan B, masukkan sedikit demi sedikit. sehingga doh sebati dan uli doh sehingga tidak melekat ditangan.

4- Seterusnya uli doh menjadi elastik, rehatkan doh selama 40 minit hingga sejam. Sebagusnya tutup doh tadi..

5- Bolehlah dibahagikan doh mengikut kesesuaian dan seberapa cukup untuk memasukkan seberapa banyak sosej yang ada. Kemudian leperkan doh then letakkan sebatang sosej dan balut sosej dengan doh tadi.

6- Apabila dah balut litup sosej tadi,potong sosej tadi..potong sosej sahaja,jangan potong putus doh roti pulak :P




7. Pastu potongan yang pertama tolak ke atas,potongan kedua pintal  tolak ke belah kanan,potongan yang ketiga pintal tolak ke kiri dan begitulah seterusnya sampai habis. Kemudian,hiaskan roti tadi dengan drizzle sos cili dan mayonis,kalau nak letak cheese pon boleh..tabur cheese mozarela bertambah sedap dan cantik.


8. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit kemudian bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 160 darjah celcius bergantung pada saiz oven masing-masing.


Selamat mencuba dan jangan lupa follow daponogori di IG dan FB page,

Comments

Popular Posts