KETAM TELUR MASIN


Ketam ni macam-macam masakan boleh dibuat, goreng, gulai lemak, masak pedas, kari, sop, butter dan pelbagai lagi. Tapi pemilihan ketam dipasarpun sangat penting, jangan sampai beli yang dah lama dan yang dah nak busuk. Ketam bunga sangat sesuai dan disukai anak-anak nanti. Senang je petua pilih ketam ni:

1          1-Untuk yang fresh biasanya dibawah ketam tu bersih dan tak de tompok-tompok warna lain.
            2-Pilih ketam betina, sebab banyak isi dan bertelur kadang-kadang. (ada beza bahagian belakang           ketam tu)
3          3-Biasanya yang fresh anggota badan tu tak terpisah, cukup sifatnya.
4          4-Kalau dah bau pun hanyir, sah-sah tak fresh.
5          5-Kadang-kadang kita boleh bezakan berat, ada ketam yang ringan memang isinya kurang.
6          6-Biasanya kalau kulit ketam masih biru, itu bermakna masih segar dan baru.

Ok jom kita kongsi dan bersama memasak menu ketam telur masin ni. Boleh buat lauk tengahari atau pun malam. Bahan-bahannya:


3 ekor ketam 
2-3 sudu tepung jagung
4 biji telur masin (direbus then lenyek kuning telur sahaja)
2 sudu besar butter
3 ulas bawang putih (dikisar)
2-3 biji lada (dihiris)
2 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair 
Garam,gula and serbuk perasa secukup rasa

1. Gaul ketam dgn garam,tepung jagung dan goreng sekejap kemudian ketepikan dulu..
2. Panaskan kuali,cairkan butter..kemudian masukkan daun kari and bawang putih..tumis sampai naik bau..masukkan lada dan telor masin,kacau sekejap..masukkan sikit gula,serbuk perasa dan susu cair..
3. Bila dah mendidih,masukkan ketam..gaul rata sampai semua ketam bersalut dengan telur masin tadi dan siap..

Ye beginilah resepi yang senang dibuat ni, Ibu harap korang try la buat kat rumah. Boleh hias pulak dengan daun-daun yang sesuai semasa nak menjamu bersama keluarga.

Selamat mencuba.

##banyak pantun bab-bab ketam bunga ni (jangan lupa visit IG & fb page daponogori)

Comments

Popular Posts