UBI KAYU REBUS


Kalau zaman jepun datang malaya dulu, femes betul menu ni tau, memang menjadi makanan ruji orang melayu dulu-dulu. Hari-hari makan ubi kayu ni, entah camana la nasib orang tua-tua kita dulu kan..

Tapi sekarang ni, menu minum petang yang legend macam ni memang sudah mula diterima ramai. Korang mesti pernah rasa dan buatkan. Pada yang ketandusan idea,mungkin terlupa dan nak berinovasi, jom ibu cadangkan menu otai ni dengan pelbagai pilihan sambal,tak ketinggalan juga ikan masin serta gula merah ye.Jom kita intai resepi ubi kayu rebus ni jom ;-)

Bahan-bahan asas yang diperlukan:

1kg ubi kayu (dikupas kulitnya dan dibersihkan)
8 cawan air
Garam

1. Masukkan ubi kayu ke dalam periuk yang bersesuaian,masukkan air secukupnya sehingga tenggelam ubi dan juga masukkan sedikit garam serta rebus sehingga masak,lembut..

2. Apabila telah masak,toskan ubi kayu tersebut dan ketepikan.


Bahan-bahan Sambal Kelapa:

1 biji kelapa parut (ambil putih saje)
1 sudu besar udang kering
2 sudu lada kering (dikisar)
4 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2-3 ulas bawang merah
2 sudu minyak masak (untuk menumis)
Garam
Gula

1. Kisar semua bahan kecuali kelapa parut,garam dan gula. Kemudian panaskan minyak,api sederhana serta tumis semua bahan kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Apabila bahan tumisan dah pecah minyak,masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sebati. Jangan lupa masukkan garam gula secukup rasa dan kacau sehingga sambal kelapa tadi kering seperti serunding. Kalau suka sambal agak sedikit basah tak perlu masak lama seperti serunding.

Bahan-bahan Sambal Ikan Bilis:

1 cawan ikan bilis (digoreng)
6 sudu lada kering (dikisar)
4 biji bawang besar
1 biji bawang holland (dihiris bulat)
3-4 ulas bawang putih
1 sudu asam jawa 
Garam
Gula
Maggi cukup rasa (optional)
Minyak masak

1. Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur. Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau dan apabila tumisan bawang nampak agak garing sedikit masukkan pula cili kering dan tumis lagi sehingga lada kering pecah minyak.

2.Perahkan asam jawa dengan air kemudian apabila lada kering telah pecah minyak masukkan air asam jawa sedikit,garam,gula dan MAGGI cukup rasa. Sesuaikan rasa kemudian masukkan pula bawang hirisan dan ikan bilis tadi dan masakkan sambal sehingga pekat.

Begitulah cecaranya, try le nanti. Bagi surprise pada anak-anak dan suami, Insya allah diaorg suka menu petang warisan nenek moyang kita dulu.

Sekian jumpa lagi, jangan lupa like dan follow FB dan IG DapoNogori.

nak pantun lah nanti,,hahaha. 



Comments

Popular Posts